Monday, August 15, 2011

Tauhu Goreng Berempah Berkeju


Selamat malam semuanya... Malam ini saya tidak akan bercerita panjang soalnya besok pagi kerja dan pukul 2pagi dah nak bagun... Disini hari ini, saya ingin berkongsi apa yang dibuat untuk Iftar tadi, ianya tersangatlah sedap, something different for me. Dari mula saya beli Majalah Rasa keluaran bulan Julai nie mmg saya sudah tertarik sgt dan mmg pasti akan mencubanya... Jadi tu lah tadi dok mencuba dan sesungguhnya saya tidak menyesal dan pasti bagi sesiapa yg mencubanya tidak akan menyesal... Bagi sesiapa yg ingin mencubanya sila lah intai resepinya ya....

Bahan-Bahan
2 keping tauhu - dibelah dua
1 keping keju chedar - dipotong dua
2 ulas bawang putih*
5cm kunyit hidup*
1 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih* (* ditumbuk lumat)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak
1. Perapkan tauhu bersama bahan yang ditumbuk lumat dan garam secukup rasa selama 30 minit.
2. Panaskan kuali dan goreng tauhu sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
3. Akhir sekali, lapiskan tauhu dengan keju chedar dan sedia untuk dimakan.

*Rempah ratus yang diperap bersama tauhu ini memberikan rasa yang lebih enak hmmmmmm

Sunday, August 14, 2011

Bubur Bebola Tepung Berwarna


Hi semua...bertemu sekali lagi. Pagi ini saya ada satu lagi entri iaitu Pencuci Mulut untuk Iftar semalam iaitu Bubur Bebola Tepung Berwarna yang resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Julai 2011. Sebenarnya smlm tu bingung nak bikin Pencuci Mulut apa pas tu bila selak2 Majalah Rasa langsung tertaril dgn Bubur nie. Klu mahu mencuba, resepinya ada dibawah...

Bahan-Bahan:
300gm tepung pulut
300gm tepung beras
100gm gula pasir
80gm gula kabung
1 liter santan
2 helai daun pandan (disimpul)
Pewarna ungu secukupnya (saya gunakan ungu, merah dan oren)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Memasak
1. Bancuhkan tepung pulut dan tepung beras dengan air. Tambahkan sedikit garam dan perwarna ungu. (klu nak pakai 3 warna nak kena bagikan 3 bahagian adunan tepungnya)
2. Gaulkan menjadi dought dan bulatkan sebesar Ibu jari. Rebuskan sehingga timbul. (masak)
3. Masakkan santan bersama daun pandan dan gula pasir. Biarkan sebati Dan tambahkan gula kabung.
4. Akhir sekali, masukkan bebola tepung tadi Dan masak sekejap untuk rasa sebati.
5. Sedia dihidangkan .

Bee Hoon Goreng Tomyam


Selamat pagi semua...rasanya macam pagi betul nari saya update blog lah ya....bukan apa hari nie tak keje dan anak2 semua pun dah gi sekolah dan belum ada apa2 yg nak di buat lagi jadi update N3 lah. Nie adalah N3 apa yg dimasak smlm sal smlm tak sempat nak update pun (yg benar tak terlarat) sal smlm hubby minta tlg masakkan Roti Kirai (200 keping), Kari Ayam dan Salad dgn Sambal Kacang untuk anak buah dan teman2 kerjanya berbuka... Jadi untuk iftar di rumah, masak simple je iaitu Bee Hoon Goreng Tomyam... Jom kita lihat apa bahan2 yg digunakan...

Bahan-Bahan
1 bungkus bee hoon
200gm tauge
4-5 helai daun limau perut*
120gm daun kucai*
100gm daging*
100gm sotong* (*dipotong)
100gm udang
2 ulas bawang putih**
5 biji cili padi** (**dikisar atau ditumbuk berasingan)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 1/2 sudu besar pes tomyam
Sedikit garam & minyak masak
Air secukupnya

Cara Memasak
1. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan udang, daging ayam dan sotong.
2. Kemudian masukkan sedikit air, pes tomyam, garam, sos tiram, sos ikan, cili padi dan daun limau perut.
3. Akhir sekali, masukkan Bee Hoon, tauge dan daun kucai. Masak selama 5 minit atau hingga bee hoon masak. Siap untuk dihidangakn,

Friday, August 12, 2011

Pengat Keledek Tepung Gunting



Salam semua...Hari ini 12 Ramadhan, saya ada satu lagi N3 iaitu pencuci mulut untuk berbuka tadi iaitu Pengat Keledek Tepung Gunting. Terlanjur masih ada balance keledek waktu hari itu bikin kuih keria, jadi cubalah resepi pengat nie... Resepi pengat ini saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Julai 2011... Bagi sesiapa yg ingin mencubanya silakan ada saya sertakan resepinya dibawah...

Bahan-Bahan
1kg ubi keledek, direbus dan dihiris
1 liter santan
100gm gula pasir
80gm gula melaka
2 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-Bahan (Tepung Gunting)
1/2kg tepung gandum
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Pewarna merah dan hijau secukupnya

Cara Memasak:
1 Tepung Gunting: Uli tepung bersama air secukupnya dan garam secukup rasa sehingga menjadi doh. Bahagikan doh kepada tiga bahagian, satu bahagian dibiarkan kosong dan dua lagi diletakkan pewarna hijau dan merah. Uli rata. Canai dan gunting menjadi kecil-kecil. Rebus di dalam air mendidih. Tos dan angkat. Ketepikan.
2 Pengat Keledek: Masakkan gula pasir, gula melaka dan santan hingga mendidih. Kacau rata.
3 Masukkan daun pandan dan keledek yang telah direbus. Biarkan hingga mendidih.
4 Setelah itu masukkan tepung gunting yang telah direbus tadi bersama garam.
5 Setelah masak, sedia untuk dihidangkan.

Makaroni Sup Ayam


Selamat malam semua... Alhamdulillah selesai sudah hari ke dua belas kita berpuasa. Hari ini menu untuk berbuka tadi ialah Makaroni Sup Ayam yang resepinya saya ambil dari blog tiffinbiru...Makaroni Sup Ayam ini mmg sedap sekali kalau dimakan dengan sambal kicap...mmg tekak nie hari mmg teringin sgt nak makan sup2 gitu... Che Mat saya minta izin C&P resepinya disini...jom kita lihat resepinya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam(kurang lebih 1kg)
4 biji kentang
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya, anggaran 2.5 liter
1/2 inci lengkuas, dititik
Garam secukup rasa
1 kiub pati ayam "Maggi" (jika suka)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 keping hirisan nipis kunyit hidup
1 1/4 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca besar lada hitam biji

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN LAIN :-)
Makaroni secukupnya, rebus hingga lembut, tos dan gaul dgn sedikit minyak masak
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Taugeh, dibuang ekornya
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu, cuci dan rendam. Ketepikan.
2.Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga wangi, gunakan api kecil. Tambah ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
3.Tuang air secukupnya. Masukkan bawang goreng dan juga daun sup, kacau. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecil kan api, Masukkan kiub pati ayam (jika guna) kacau dan biar masak hingga 3/4 ayam empuk. Masukkan kentang, masak hingga kentang dan ayam empuk.
4.Rasa dan jika kurang garam tambah. Hidangkan bersama makaroni dan bahan2 lain. Sedap dimakan selagi panas.

Thursday, August 11, 2011

Kue Teow Kerang



Assalamualaikum dan selamat malam semua...Alhamdulillah saya rasa semuanya sudah selamat berbuka puasa dengan menjamu selera dengan juadah2 yang sedap2 pilihan masing2...hari ini, sudah masuk hari kesebelas kita menjalani ibadah puasa. Hari ini hubby keje jadi pilihan juadah untuk iftar ialah Kue Teow Kerang (sal hubby saya tak suka Kue Teow)yang resepinya saya ceduk dari blog Mat Gebu....Terimakasih Mat...saya minta izin C&P resepinya disini ya......

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g kue teow
1/2 cawan isi kerang
1 keping fish cake, hiris nipis
1 pokok sawi, asing batang dan daun, dah dikerat2
Taugeh secukupnya (kurang lebih 1 mangkuk sedang)
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar cuka makan
1 camca besar kicap pekat
Kicap cair secukupnya
2 biji telur, dipukul sedikit
3 camca besar pes "khas" (resipi dibawah)

BAHAN SAMBAL "KHAS" :-)
2 cawan cili kisar
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
2 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1 camca besar gula
1/2 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)

1.UNTUK SAMBAL "KHAS" :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingg cili garing. Tambah gula dan garam. Kecilkan api dan terus memasak hingga menjadi pes yang pekat. Kacau selalu untuk mengelakkan ianya hangus...Ketepikan untuk kegunaan kemudian.

2.UNTUK KUETEOW KERANG :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan pes khas, kacau rata, jika perlu tuang sedikit air. Masukkan kicap pekat, sedikit kicap cair dan cuka makan. Tambah kerang, udang (jika guna) dan fish cake serta batang sawi(ketuk2 sikit batang sawi tu). Masukkan kueteow dan kacau rata hingga mesra. Tolak kueteow ke tepi kuali dan masukkan telur tadi, biar telur mengeras sedikit dan gaul rata bersama kueteow. Tambah daun sawi dan tauge. Kacau pantas hingga rata, rasa, jika kurang masin, renjis kan sedikit lagi kicap cair. Gaul dan matikan api. Hidangkan bersama cili jeruk.

Tuesday, August 9, 2011

Pengat Pisang


Selamat tengahari semua...kejam kelip kejam kelip hari ini sudah masuk hari kesepuluh kita berpuasa, sungguh cepat masa berjalan rasanya baru aje masuk bulan Ramadhan... Semalam petang bila sedang menonton TV my hubby blg, kan ada pisang kat rumah apa kata klu bikin pengat pisang...then saya blg bsk ok, sal saya dah bikin kuih keria... Jadi makanya untuk menepati janji, hari ini bikin lah Pengat Pisang yang resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Julai 2011.. Jom kita intai resepinya mudah sahaja :)

Bahan-Bahan
1 kg pisang, dibuang kulit
1 liter santan
100gm gula pasir
80gm gula merah (saya gunakan gula melaka)
2 helai daun pandan
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Memasak
1 Masak gula pasir, gula merah atau gula melaka dan santan di dalam periuk, hingga mendidih.
2 Masukkan garam dan daun pandan. Kacau rata sehingga mendidih.
3 Setelah itu, masukkan poising. Biarkan mendidih.
4 Angkat dan sedia dihidangkan.

Sunday, August 7, 2011

Kue Tiaw T'HENG


Salam Ramadhan dan selamat menunaikan Ibadah puasa semuanya...lama betul tak masuk kat blog, post entry pun tidak, soalnya di minggu pertama tu semua masakkan untuk Iftar sudah pernah saya masukkan entry, jadi tidak lah saya post... Hari ini di hari kelapan Ramadhan nie saya update 1 entry baru k iaitu Kue Tiaw T'heng yg resepinya saya dapat Dari Majalah Rasa keluaran bulan Julai.. Sebenarnya Majalah nie baru saya beli tak beberapa hari yg lalu, biasalah bila baru beli Majalah nie mesti ada yg nak dicuba lagi pulak hari ini suami saya keje, jadi boleh lah masak Kue Tiaw pasal hubby saya tak suka Kue Tiaw... Resepi dan cara masaknya simple aje... Jom mari kita lihat bahan2 yg diperlukan dan cara memasaknya...

Bahan-Bahan
250gm Kue Teow
15 biji bebola ikan
150 gm isi ayam (direbus dan disiat kulit)
4 keping kuih ikan (fish cake)
10 ml minyak bijan*
10 gm bawang goreng* (* untuk hiasan)
sedikit hirisan daun bawang
dan bawang putih goreng

Bahan Sup
3 ulas bawang putih (dicincang, digoreng dan toskan)
40 gm sos tiram
20 gm kicap cair
5 gm serbuk lada hitam
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 liter air rebusan ayam
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak
1 Panaskan minyak dan tumiskan sos tiram dan juga lada hitam.
2 Kemudian masukkan air rebusan ayam bersama kulit kayu manis dan bunga lawang. Biarkan mendidih.
3 Apabila mendidih, masukkan kicap cair kuih ikan, bebola ikan dan perasakan dengan garam secukupnya.
4 Masukkan Kue Teow ke dalam mangkuk dan letakkan sedikit minyak bijan, isi ayam dan tuangkan supnya.
5 Taburkan bahan hiasan di atasnya

*Boleh dimakan bersama sambal kicap atau cili jeruk (saya makan dgn sambal kicap sedapppp)