Saturday, April 23, 2011

Jus Oren



Nie nak post jugak lah yang tadi waktu saya makan lunch, saya bikin jus lah untuk saya.. Ada stock buah Oren jadi apa kata blend Jus Oren lah... Simple je lah... Jom layan

Bahan-Bahan
2 biji Oren
3 sudu makan air gula
Beberapa ketulan ais

Cara-Cara
1. Kisarkan buah oren bersama air gula.
2. Tuangkan ke dalam gelas besar.
3. Masukkan beberapa ketulan ais dan sedia dinikmati.

P.S. - Jika suka rasa yang lebih manis, anda boleh juga menambahkan sedikit susu pekat ke dalamnya.

Kubis Masak Cili



Salam hujung minggu semuanya... Hari ini untuk lunch masak simple2 je pasal seluruh isi keluarga malah keluar semuanya.... Jadi untuk lunch tadi masak Sambal Udang dan goreng sayur iaitu Kubis Masak Cili... N3 hari ini ialah Kubis Masak Cili yang resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Julai 2007... Jom layan resepinya...

Bahan-Bahan
300gm Kubis*
10gm cili merah* ( *dihiris)
25gm bawang merah*
20gm udang kering*
10gm belacan* (*ditumbuk halus)
25gm udang hidup
50gm santan
10gm jus limau
Garam secukup rasa

Cara Memasaknya
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang merah sehingga berbau wangi.
2. Kemudian masukkan udang kering dan belacan yang ditumbuk halus. Kacau rata.
3. Masukkan kubis, udang dan santan. Kacau lagi sehingga kuah mendidih dan masak.
4. Perasakan dengan jus limau dan garam secukup rasa. Bolehlah diangkat dan sedia dihidangkan.

Friday, April 22, 2011

Thai Nanas Delight






Wow hari nie lunch bukan main lagi, siap dgn juice sekali... Bukan apa terlanjur ada nanas kat umah dah tu ternampak pulak Thai Nanas Delight nie kat Majalah Rasa keluaran bulan Mei 2011, hai mcm dah terasa-rasa kat tekak... tak tunggu lagi on terus...

Bahan-Bahan
1 potong nanas
1 sudu makan air gula
1 sudu makan santan (saya guna fresh milk)
2 hirisan lemon
Beberapa ketulan ais

Cara-Cara
1. Kisarkan nanas bersama air gula dan juga ketulan ais hingga hancur.
2. Sementara itu, tuangkan santan ( fresh milk) ke dalam gelas.
3. Tuangkan nanas kisar ke dalam gelas dan petahkan jus lemon di dalamnya.
4. Sedia dinikmati.

Gulai Darat



Hai inlah lauk yang digandingkan dgn Nasi Beriani Segera untuk lunch tadi iaitu Gulai Darat yang resepinya diambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Nov 2010... Marilah kita lihat resepinya, jom...

Bahan-Bahan
1kg daging, dipotong kecil
500ml santan
2 keping asam keping
Gula Melaka secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan Giling
3 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
10 ulas bawang merah
2.5 lengkuas
2.5 halia
2.5cm kunyit
4 sudu makan kelapa goreng (kerisik)
10 batang lada kering



Cara Memasak
1. Perapkan daging bersama bahan-bahan yang telah digiling selama beberapa jam. Ketepikan.
2. Masukkan daging perap tadi ke dalam periuk. Biarkan sekejap.
3. Selepas itu masukkan santan, asam keping, garam dan gula secukup rasa hingga sebati.
4. Biarkan mendidih dan daging empuk. Kacau lagi sehingga kuah pekat.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.






Nasi Beriani Segera


Selamat tengahari semuanya.... Hari ini holiday, anak2 tak sekolah... Tadi untuk lunch masak Nasi Beriani Segera digandingkan dengan Gulai Darat... Sorinya hari nie kita borak sikit2 je ya, maklumlah cutikan jadi sekejap lagi nak keluar lah... Resepi Nasi Beriani Segera nie resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2010... Jom layan resepi yang simple ini...

Bahan-Bahan
1 paket pes Beriani segera
1 kg Beras Basmathi
1.5 liter air
3 sudu makan minyak sapi
1/2 sudu teh garam

Cara Memasak
Masukkan semua ramuan dalam periuk nasi elektrik dan kacau sehingga sebati. Tutupkan periuk dan biarkan ia mendidih dan airnya kering. Kacau dan biarkan sehingga masak

P.S - Jika suka bolehlah tambah susu cair untuk rasa nasi yang lebih lemak, cuma kurangkan sukatan air mengikut berapa jumlah sukatan susu bagi mengelakkan terlebih lembik.

Thursday, April 21, 2011

Popia Udang


Selamat petang semua...besok anak2 tak sekolah sal good friday tapi saya pulak kerja haiz...tapi takpe itu besok, nie kita cerita pasal hari ini, petang ini... Makan apa petang ini semua... saya petang ini bikin Popia Udang yang resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan April 2011




Bahan-Bahan

8 keping kulit popia

8 ekor udang saiz sederhana, dibuang kulit dan dibersihkan

1 biji bawang merah*

1 ulas bawang putih*

1 batang lobak merah* (*dimayang)

1/2 batang seleri, dipotong memanjang

1 biji cili padi, dihiris halus

Tepung gandum secukupnya

Air scukupnya

Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa

Minyak untuk menggoreng



Cara Memasak

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.

2. Kemudian masukkan udang dan cili padi. Tumis sehingga udang masak dan barulah dimasukkan seleri dan lobak merah. Kacau rata.

3. Seterusnya perasakan dan sejukkan seketika.

4. Setelah itu, sudukan inti udang di atas kulit popia.

5. Gulung kulit popia dan lipat dengan kemas.

6. Kemudian sapukan bancuhan tepung gandum dan air untuk melekatkan kulit popia.

7. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng popia sehingga garing. Angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan.




Rendang Hijau Ayam



Hari nie nak masak ayam lah....ehhhh apa khabar semua??? lunch hari nie kita makan ayam lah ya... kita masak Rendang Hijau Ayam k.... resepi nie mmg dah lama saya nak mencubanya tapi tak tau kenapa asyik terlupa je... resepi nie ialah dari Majalah Rasa keluaran bulan Julai tahun 2007...disini saya sertakan sekali resepinya klu anda2 ada yang ingin mencubanya silakan....




Bahan-Bahan

1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian

4 batang serai*

3.5cm halia*

3.5cm kunyit hidup*

2cm lengkuas*

30 biji cili padi hijau*

15 biji bawang merah*

5 ulas bawang putih* (*dikisar)

250ml santan

250gm kerisik

5 sudu makan minyak masak

Garam secukup rasa






Cara Memasaknya

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga garing.

2. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.

3. Selepas itu masukkan santan, kerisik dan garam secukup rasa.

4. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat.

5. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.

6. Sedia untuk dihidangkan.





Maggi Goreng Isi Ketam



Salam sejahtera semuanya...hari nie pun saya tak kerja...tadi untuk sarapan, rasanya macam dah lama tak makan maggi...jadi tu lah tadi dok bikin Maggi Goreng Isi Ketam...waktu tgh selak2 Majalah Rasa keluaran bulan April 2011 terlihat pulak resepi maggi goreng isi ketam nie, jadi bagi sesiapa yang ingin mencubanya silakan lah ya....


Bahan-Bahan

1 bungkus mi Maggi, direbus dan ditos

4 batang jejari ketam, dihiris

10gm isi ayam, dipotong dadu

3 biji bawang merah*

2 ulas bawang putih* (dikisar)

1 sudu makan cili kisar

1 sudu makan sos tiram

1 sudu makan sos tomato

1 sudu makan sos cili

20gm sawi, dipotong

20gm tauge

10gm jagung muda (tak pakai)

1/2 sudu teh sebuk pati ayam

Garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk menumis


Bahan Hiasan

1 biji cili merah, dihiris serong

5gm daun bawang, dihiris halus

Bawang goreng secukupnya


Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak.

2. Seterusnya masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau rata.

3. Setelah itu, perasakan dan digaul sebati.

4. Masukkan pula isi ayam dan jejari ketam. Biarkan seketika.

5. Kemudian masukkan mi Maggi yang telah direbus dan ditos tadi. Gaul rata.

6. Masukkan sayur-sayuran dan kaup balikkan.

7. Akhir sekali, taburkan cili merah, daun bawang dan bawang goreng. Angkat dan sedia untuk dimakan.




Tuesday, April 19, 2011

Sotong Masak Hitam



Selamat tengahari semuanya...Masak apa untuk lunch hari ini....saya masak apa!!!!! oh saya masak Sotong Masak Hitam hari nie...tapi kali ini saya mengikuti resepi di Majalah Rasa keluaran bulan Mei 2011...Sotong Masak Hitam nie mmg lauk faveret...Marilah sama2 kita lihat rsepinya...

Bahan-Bahan
1kg sotong sederhana besar (ambil dakwatnya dan pastikan tidak pecah)

Bahan Kisar
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1/2 sudu teh lada hitam
4 tangkai cili kering
Sedikit serbuk kunyit

Bahan Tumis
3 biji cili hijau (dihiris kasar)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 batang serai (dititik)
2 helai daun salam (jika suka)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak sayur (untuk menumis)


Cara Memasak
1. Perapkan bahan kisar dengan hirisan sotong dan kepalanya dengan dakwat sekali.
2. Gaulkan rata dan taburkan dengan sedikit garam. Biarkan perap selama 30 minit.
3. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang hingga berbau wangi.
4. Kemudian masukkan daun salam (jika suka) bersama sotong dan bahan perapannya. Gaul rata.
5. Tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih. Apabila mendidih, masukkan hirisan cili hijau dan biarkan masak hingga kering sedikit.
6. Perasakan dengan garam secukupnya dan hidangkan bersama nasi putih.

P.S - Pastikan sotong disiang dan dikeluarkan kepalanya kemudian diambil dakwat yang bergantung di hujung kepalanya. Pastikan ianya tidak pecah.

Apom Lenggang Pandan Bonda




Selamat pagi semuanya... hari nie saya tak keje....semalam tu waktu meronda-ronda ke blog Kak Ummi Home Sweet Home terlihat pulak APOM LENGGANG PANDAN BONDA...bila dah terlihat tu dah mula terigin nak merasanya lah, jadi apa lagi semalam malam mula mengadun lah pasal adunan ini hendaklah diperap semalaman...lagi pulak mmg saya nak bikin untuk sarapan pagi hari ini...Kak Ummi, saya minta izin C&P resepinya di blog saya ya...

Bahan (anggaran):-
500 gm tepung gandum
6 gm yis segera
2 cawan air
1/3 cawan gula pasir
1 biji telor - dipukul sikit
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sudu teh pes pandan
gula pasir secukupnya untuk tabur


Cara-Cara:-
1. Gaul bersama tepung, yis dan gula pasir.
2.Masukkan air dan telor, gaul/kacau sebati.
3. Perapkan semalaman pada suhu bilik (tutup dengan plastic wrap) selama lebihkurang 5 - 6 jam.
4. Kemudian (keesokannya) campurkan dengan santan dan pes pandan, gaul sebati bancuhan. Adunan hendaklah pekat sedikit dari bancuhan kuih dadar. (Boleh tambah air jika perlu)
5. Panaskan kuali dengan api perlahan. Titiskan sedikit minyak dan bila minyak panas, tuangkan sesenduk adunan dan lenggangkan atau ratakan (diameter 6 in).
6. Tabur 1 - 1 1/2 sudu besar gula pasir di permukaannya. Tutup dengan penutup kuali.
7. Bila nampak menggelembung dan berlubang permukaanya, angkat dan lipat dua. Hidangkan panas-panas.


Jemput-Jemput Pisang




Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua... Dah beberapa hari saya tidak update blog kerana lagi sibuk menonton dan memberi sokongan kepada anak saya yang bertanding di pertandingan 1st Asian Pencak Silat Championship... Alhamdulillah anakku memenangi pingat EMAS... Syabas dan Taniah anakku... Hari ini hubby keje dan anak2 juga ada urusan masing2... my girl nari pegi tengok Justin Bieber concert...enjoy the show n enjoy yourself darling... jadi untuk makan petang hari ini bikin yg simple aje iaitu Jemput-Jemput Pisang...

Bahan-Bahan
60gm tepung gandum, diayak
4 biji pisang emas yang besar
Sedikit garam
3/4 sdt baking powder
30gm gula
1/2 sdt garam
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-Cara
1. Kupas pisang dan lecek di dalam mangkuk adunan.
2. Campurkan gula, garam dan tepung gandum. Kacau rata-rata.
3. Selepas itu panaskan minyak di dalam kuali. Jemputkan sedikit adunan dan masukkan ke dalam kuali. Buat seberapa banyak yang boleh.
4. Balik-balikkan adunan yang digoreng tadi. Angkat.
5. Sedia dihidangkan.

Thursday, April 14, 2011

Kek Marble Warna-Warni Badam Rose Nostalgia


Assalammualaikum semua... Semalam petang baking lagi sal dah tahan tengok Kek Marble Warna-Warni Badam Rose Nostalgia dari blog Kak Ummi Home Sweet Home... Hai betul lah kata Kak Ummi hasilnya punya lah lembut, gebu dan ditambah lagi dengan kewangian esen rose...pasal dah tergugat sangat lah sebab tu baru baking saya baking lagi nie.. Tapi mmg tak rugi lah, saya boleh gerenti mmg sedap...jadi bagi sesiapa yang ingin baking, sila lah mencubanya... Kak Ummi saya minta izin C&P resepinya kat blog saya ya... Terimakasih banyak2 :)


Bahan-Bahannya (akak guna loyang bulat berukuran 6inci)

250gm mentega(*akak guna Golden Churn brand)

5 1/2 oz gula castor(*akak letak 150 gm)

4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (*akak guna 4 biji saiz A/210 gm)

1 oz badam kisar (*akak letak 60 gm)

5 oz tepung naik sendiri(*akak letak 145 gm)

2 susu makan susu pekat manis

1 1/2 sudu teh esen rose

sedikit pewarna merah dan hijau(*akak letak biru, ungu dan pink)



Cara-cara:

Pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble. Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.


Sunday, April 10, 2011

Kek Berhias Coklat




Salam hujung minggu semuanya... Hari ini hubby keje jadi tak kemana-mana lah, lagi pulak hujan lebat...jadi untuk makan petang apa kata bake Kek Berhias Coklat...resepinya dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2010...kalau ada yang ingin mencubanya juga silakan, resepinya seperti dibawah... buat masa sekarang saya minta izin untuk makan kek yg enak ini dgn minum teh susu panas ya ehmmmm


Bahan-Bahan

125gm mentega

120gm gula kaster

3 biji telur

2 sudu besar jus oren (takde jus oren saya gunakan perasa oren)

1 sudu kecil esen vanila

125gm tepung berserbuk penaik

150gm coklat masakan


Cara Memasak

1. Panaskan katuhar pada suhu 170C.

2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan masukkan telur satu persatu berselang-seli dengan jus, esen dan tepung. Kaup balikkan supaya rata.

3. Sapukan sedikit minyak ke dalam acuan berlubang tengah berukuran 20sm bulat dan taburkan sedikit tepung. Tuang adunan ke dalamnya dan ratakan.

3. Bakar hingga masak.

4. Cairkan coklat. Apabila coklat dah cair, hias atas Kek.

Thursday, April 7, 2011

Kueh Bakar Durian




Durian Oh Durian sememangnya menjadi faverit kami sekeluarga....hubby beli 3 kotak durian yang power punya....Ada tinggal sikit lagi, cukup kalau untuk bikin Kueh Bakar Durian untuk makan ptg hari ini...resepi Kueh Bakar Durian ini saya ambil dari blog tiffinbiru ketika saya meronda-ronda diblog CMG.. Che Mat saya minta izin C&P resepinya di blog saya ya.


Bahan-Bahanya

150 gm isi durian, kalau dpt pilih yang bau "cengit" (kuat baunya)*

250 ml air*(*dikisar halus)

600 ml santan kelapa segar (guna yang kotak pun ok)

1 cawan gula pasir

1 3/4 cawan tepung gandum

3 biji telur gred A

1/4 camca teh penuh garam halus

Pewarna kuning makanan secukupnya (1/4 camca teh)

2 camca besar minyak sapi, dicairkan

Bijan secukupnya untuk ditabur




CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 8 inci X 8 inci X 3 inci dengan mentega dan alas dengan aluminium foil, lebihkan sedikit supaya mudah untuk kita mengelurakan kueh bila masak nanti..Ketepikan. Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 di atas kecuali durian yang dikisar, minyak sapi dan bijan. Kacau rata dan tapis, masukkan durian yang dikisar tadi dan minyak sapi cair. Kacau rata dan tuang dalam bekas yang telah siap sedia. Tabur bijan rata2. Bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak dan permukaan kueh kelihatan garing. Mat selalunya akan akan tukar api oven pada fungsi "grill" dan bakar 5 minit untuk mendapatkan permukaan yang sedikit garing. Bila masak, keluarkan kueh dari oven, biar 5 minit, kemudian keluarkan kueh dari tin dan biar betul2 sejuk sebelum dipotong...


Tuesday, April 5, 2011

Ayam Szechuan



Salam sejahtera dan apa khabar semua....bagaimana dengan hari anda semua hari ini baik2 saja kan, begitu lah hendaknya ya...untuk saya hari ini ada merasa kecewa sedikit disebabkan sesuatu tapi alhamdulillah semuanya sudah ok...ok lah berbalik kita pada masakan, menu untuk lunch hari ini ialah ayam 'Ayam Szechuan'...Resepi nie saya dapat dari Majalah Rasa keluaran bulan October 2008... Ayam Szechuan nie enak rasanya ala stail cina....disini saya sertakan resepinya sekali ok...


Bahan-Bahan

400gm ayam, dipotong

5 gm cili benggala hijau

5 gm cili benggala merah

100 gm bawang merah

3 gm bawang putih, dicincang

2 gm halia

5 gm cili kering

5 gm kicap cair

5 gm kicap pekat

5 gm stok ayam

5 gm cuka hitam (takde jadi saya gantikan air limau nipis)

5 gm sos tiram

2 gm gula

2 gm sos cili

2 gm minyak bijan

2gm tepung ubi

Garam secukup rasa




Cara Memasaknya

1. Perap ayam dengan garam dan tepung ubi. Ketepikan.

2. Di dalam bekas lain, masukkan kicap cair, kicap pekat, stok ayam, cuka hitam, sos tiram, gula, sos cili dan minyak bijan. Gaul mesra. Ketepikan.

3. Panaskan kuali dan goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak. Ketepikan.

4. Kemudian goreng pula bawang putih, bawang merah, cili kering, lada benggala merah dan hijau. Biarkan seketika sabelum dimasukkan ayam dan bahan yang telah digaul mesra. Biarkan mendidih.

5. Kemudian masukkan tepung ubi dan gaul mesra.

6. Sedia untuk dinikmati.



Monday, April 4, 2011

Udang Lada Hitam




Assalammualaikum dan selamat tengahari semuanya... Hari ini untuk lunch sekali lagi akan menggunakan hasil penangkapan saya dan suami, tak lain dan tak bukan iaitu Udang... Kali ini lain sikit klu selalunya digoreng, dimasak sambal, dimasak Lemak pun sudah kan, kali ini hubby teringin nak makan Udang Masak Lada Hitam...jadi itulah menu kita hari ini Udang Lada Hitam...resepi asalnya ialah Ketam Lada Hitam tapi Ketamnya saya gantikan dgn udang... Resepi ini ialah dari Majalah Rasa keluaran bulan Oktober 2008...mmg enak lah Udang Lada Hitam nie, nak cuba, cuba lah...


Bahan-Bahan

1kg Udang, dibersihkan

50gm cili benggala hijau

50gm cili benggala merah

100gm bawang besar

20gm hirisan halia


Bahan Kuah

15gm sos tiram

20gm serbuk lada sulah

30gm sos tomato

30gm sos cili

5gm stok ayam

5gm kicap cair

25gm minyak bijan

2gm gula

2gm tepung ubi, dibancuh dengan sedikit air

Kicap pekat secukupnya




Cara Memasaknya

1. Panaskan kuali dengan minyak banyak. Goreng udang sehingga masak. Angkat, tos dan ketepikan.

2. Untuk membuat kuahnya, panaskan minyak bijan di dalam kuali, masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau rata.

3. Masukkan stok ayam, serbuk lada sulah, kicap cair dan kicap pekat secukupnya. Kacau lagi.

4. Akhir sekali masukkan tepung ubi yang dibancuh tadi. Kacau rata seketika. 5. Masukkan udang tadi dan gaul rata sehingga kering.

6. Sedia dinikmati.


Karipap Kentang




Selamat petang Isnin semuanya...saya nie lagi tgh fade-up nie sal tadi untuk makan petang adalah bikin Karipap Kentang beh bila dah siap semua time utk photo lah n u know wat, tak leh ambik photo, tak tau kenapa dah dgn digital camera nie it keep going to video mode walaupun saya dah tukarkan ke camera mode dah tu takpe die terus jam tak leh off pun so saya harus remove the batt...habis lah saya, I'm so handicap...end up saya terpaksa ambil photo menggunakan Iphone saya :( resepi ini ialah dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2010....


Bahan Inti

1kg Kentang*

600gm bawang besar* (dipotong dadu)

1 biji bawang besar**

3 ulas bawang merah**

4 ulas bawang putih**

2.5cm halia**

20gm udang kering**

1 sudu besar jintan manis** (dikisar)

1 packet serbuk kari

3/4 cawan minyak

1 batang besar kulit kayu manis

3 sudu makan gula

1 sudu teh garam

1/2 sudu teh bahan perasa

700ml air


Bahan Kulit

1kg tepung gandum , diayak

1 sudu makan garam

188gm mentega

2 biji telur

250ml ais

500ml air

Minyak untuk menggoreng

Tepung secukupnya untuk mencanai




Cara Masak Inti

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis kulit kayu manis hingga kembang, masukkan bahan-bahan kisar dan kacau hingga wangi.

2. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.

3. Selepas itu masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau rata.

4. Masukkan air dan biarkan mendidih Dan agak pekat.

5. Masukkan kentang. Kacau hingga mula kering.

6. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.


Cara Membuat Kulit

1. Untuk membuat doh kulit karipap, masukkan tepung ke dalam mangkuk.

2. Gaulkan bersama air, garam dan sedikit ais. Masukkan telur dan buat menjadi serbuk roti.

3. Panaskan mentega di atas api kecil hingga berbuih dan tuang rata-rata di atas tepung tadi. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti dan gunakan hujung jari.

4. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Rehatkan 1/2 jam.

5. Kemudian canai nipis dan isikan 1 sudu makan inti, tutup dan tekan tepi untuk menutupnya. Kelim kemas-kemas untuk menngelakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.

6. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam kuali dan goreng di atas api perlahan sehingga kuning keemasan.

7. Angkat dan hidangkan .

Friday, April 1, 2011

Popia Jagung Semolina

Selamat pagi Sabtu semuanya...N3 ini adalah apa yg buat pertama kalinya saya cuba iaitu Popia Jagung Semolina, ianya lain dari popia biasa disebabkan oleh intinya...popia ini tidak menggunakan sayur-sayuran, bahan utamanya ialah tepung suji, jagung berkrim dan susu segar jadi maka rasanya NYUM-NYUM rasa jagung yang lemak berkrim pasti menambat hati si kecil untuk menikmatinya...Resepi Popia Jagung Semolina ini saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan April 2011...
Bahan-Bahan

4 keping phyllo pastri (kulit popia)

75gm tepung suji

50gm gula kastor

1/2 tin jagung berkrim

1/2 sudu teh esen vanilla

1 biji kuning telur

500ml susu segar

minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

1. Didihkan susu segar bersama gula kastor.

2. Kemudian masukkan tepung suji, jagung berkrim dan esen vanilla. Kacau sehingga pekat

3. Seterusnya tuangkan kedalam loyang bersegi empat dan sejukkan di dalam peti sejuk sehingga menjadi keras sedikit.

4. Setelah itu, bentangkan kulit popia dan letakkan kastad yang telah dipotong tadi. Gulung dengan kemas. Sapukan kuning telur pada kulit popia untuk melekatkannya. Lakukan sehingga habis.

5. Akhir sekli, panaskan minyak dan goreng sehingga berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan. Sedia untuk dinikmati.

Penne Hailam

Moden digabung dengan selera tempatan = Penne Hailam itulah lunch hari ini....poweeeeerrrr, bila dah start tak leh berhenti, nak nak nak lagi hehehehe.....klu ada sesiapa yg ingin mencuba dan merasainya, seperti biasa akan saya sertakan resepi yg saya gunakan iaitu dari Majalah Rasa keluaran bulan Oktober 2008....
Bahan-Bahan :-

350gm penne

300gm udang harimau (dibuang kepala, kulit, tinggalkan ekornya)

75gm daging lembu - direbus (saya guna daging kambing, apa yg ada)

200ml air rebusan daging

150gm tomato

300gm sawi (dipotong)

400gm kobis *

10gm cili padi * (*dipotong kecil)

20gm bawang merah **

40gm bawang besar **

10gm bawang putih ** (**dicincang)

25gm tepung jagung

20gm kicap

10gm minyak sayuran

3gm garam atau secukup rasa.

Cara Memasaknya :-

1. Tumiskan bawang merah, bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.

2. Kemudian masukkan daging dan air rebusannya. Masukkan juga udang dan biarkan mendidih.

3. Setelah itu masukkan sayur dan biarkan seketika.

4. Masukkan pula cili padi, tomato dan semua bahan lain.

5. Biarkan seketika dan pekatkan masakan dengan bancuhan tepung jagung.

6. Sedia untuk dinikmati.