Monday, August 30, 2010

Mee Wantan


Salam semua....semalam malam ingatkan nak masukkan N3 apa yang dimasak untuk iftar, tapi dah tak terlarat rasanya dengan bikin kuih lagi pulak pagi tadi bekerja, biasalah klu kerja kul 3pagi dah kena bagun...jadi N3 nie adalah masakan semalam untuk iftar iaitu Mee Wantan...Resepi mee wantan nie saya ambil dari buku masakan Aneka-Hidangan Mi....ini bukan pertama kali saya cuba resepi nie...mee wantan nie mmg sedap....tak usah buang masa marilah kita semak resepinya....


Bahan-Bahan:
300 gm mee wantan
150 gm dada ayam
2 tangkai sawi
5 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih * (* ditumbuk, saya kisar je)
1 mangkuk stok ayam
2 sudu kecil kicap cair
2 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu kecil sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
sedikit minyak masak
wantan secukupnya, direbus (yg ini saya tambah)

Cara Membuatnya

1. Mee wantan direbus dengan air panas hingga lembut. Angkat dan toskan. Dada ayam direbus dan disiat-siat halus. Sawi dicelur dengan air panas dan sedikit minyak masak.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing. Masukkan stok ayam, kicap cair, kicap pekat, sos tiram, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Masak hingga mendidih.

Cara Menghidang:

Bubuh mee wantan, sawi, daging ayam dan wantan di dalam mangkuk. Kemudian tuangkan kuah panas ke atasnya.

Sunday, August 29, 2010

Mee Yee Goreng Seafood


Assalamualaikum pada anda semua....tentunya skrg kita semua dah mula sibuk kan soalnya sudah 19 hari kita berpuasa....untuk hari yang ke 19 nie, saya masak Mee Yee Goreng Seafood....nie resepi campak2 je tapi bila berbuka tadi rasa sedap pulak.....ish ish ish masuk bakul angkat sendiri nampak...(takkan nak suruh orang angkat bakul kitakan...kitalah sendiri angkat eh...betul tak hehehehe) klu ada yang sudi ingin mencuba, silakan resepinya ada saya sertakan dibawah.....

Bahan-Bahannya
1 packet mee yee (with egg), direndam dengan air panas tapi jangan terlalu lama
100 gm sotong, bersihkan dan potong kecil ke sedang ke ikut citarasa masing2
100 gm udang, dibersihkan, buang kulit tinggalkan bahagian ekornya
100 gm daging goreng, bersihkan dan dihiris nipis
100 gm tauge
sedikit sawi
1 biji lobak merah, dihiris
50 gm kobis, dihiris
1 biji bawang, dihiris
3 sdm sos tiram
garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan Kisar
5 biji bawang kecil
6 ulas bawang putih
3 sdm cili kisar

Bahan Hiasan
1 batang timun
1 biji tomato
daun salad
bawang goreng

Cara-Cara
Tumiskan bawang hiris, kemudian masukkan bahan2 kisar. Bila sudah naik bau masukkan sos tiram, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan masukkan daging, udang dan sotong dan diikuti dengan lobak merah dan kobis. Kemudian masukkan mee yee, gaul rata klu perlu boleh taruk air sikit. Akhir sekali masukkan sawi dan tauge. Gaul sebentar dan pastikan rata dan siap untuk dihidangkan. Bolehlah dihiaskan dgn timun, tomato, daun salad dan bawang goreng....Selamat mencuba.....

Saturday, August 28, 2010

Roti Kirai Dan Kari Daging

Salam semua....semoga semuanya baik2 hendaknya....Semalam hari sabtu...teringin pulak nak makan Roti Kirai atau dikenal juga sabagai Roti Jala...tu lah dok bikin semalam untuk iftar...Roti Kirai Dengan Kari Daging....resepi nie mmg resepi keluarga...klu nak mencuba resepinya ada dibawah...sorry ya ,tak dpt nak borak panjang sal nak bikin kuih raya lah u hehehehe

Roti Kirai/Roti Jala
Bahan-Bahan
1kg tepung gandum
10 biji telur
1 tin susu cair
sedikit pewarna kuning(klu dpt yg serbuknya)
garam secukup rasa
air (agak2 cukup setakat adunan boleh dikirai)

Cara-Cara
Pecahkan telur dalam bekas, masukkan garam dan susu cair. Kacau sampai rata. Masukkan tepung dan air. Akhir sekali masukkan pewarna kuning. Kacau rata. Blend aduan supaya tidak bergentel. Bila sudah diblend dan adaun masih pekat boleh ditambah air sikit2. Panaskan kuali (sebaik-baiknya yg non-stick). Lenserkan kuali dgn campuran majerin + sedikit minyak masak. Bila kuali sudah panas bolehlah megirai adaunan dgn menggunakan calung untuk mengirai roti kirai/roti jala... Hidangkan bersama kari daging/ayam dan salad(optional)....
================================================================

Kari Daging
Bahan-Bahan
1/2kg daging goreng (dipotong dadu dan dicampur dgn bahan2 yg diblend)
2 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
Halia sebesar ibu jari* (diblend)
3 buah pelaga
3 bunga cengkih
1 batang kayu manis
1 helai daun pandan (disimpul)
1 batang serai (dititik)
1/2 packet rempah kari daging BABAS (digaul dgn air)
1 1/2 sdt lada serbuk
1/2 cawan gajus (dimesin)
1 tin kecil tomato puri
1 packet kecil bawang goreng (klu nak goreng sendiri pun blh jugak)
1/2kg ubi gentang (potong 2 atau 4 pun boleh)
2 batang lada merah 2 batang lada hijau (potong sangkut)
1 genggam daun ketumbar

Cara-Cara
Tumis buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis, daun pandan dan serai. Bila dah wangi masukkan daging yg telah dicampur dgn bahan2 yg diblend. Kacau2 sedikit. Bila daging dah empuk, masukkan rempah kari, lada serbuk, gajus yg dimesin, tomato puri dan bawang goreng. Setelah medidih masukkan ubi gentang dan kecilkan api. Setelah baunya naik & pekat, akhir sekali masukkan lada merah, lada hijau dan daun ketumbar. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.....

Kacang Pool


Assalamualaikum semua...haiz dah 2 hari tak dapat masukkan N3...bukan apa seibuk sikit je....N3 ini adalah apa yang dimasak pada hari Jumaat iaitu Kacang Pool....Resepi kacang pool nie saya dapat dari teman sekerja saya...teman saya kata dia klu masak suka yang simple2 jadi resepinya mmg simple tapi sedap.....klu ingin mencuba, silalah lihat resepinya dibawah....

Bahan-bahannya:
1 tin kacang parang (dilecek tapi jgn terlalu halus)
500 gm daging cincang
1 biji bawang besar (dipotong dadu kecil2)
2 ulas bawang putih (dipotong dadu kecil2)
1 sdm rempah kari daging
sedikit jintan manis (nie saya yg taruk)
sedikit buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis
sedikit garam
minyak sapi ghee

Bahan hiasan:
Bawang besar yang dicincang
Lada hijau yang dihiris
Limau kasturi dibelah dua
Telur mata sapi (digoreng dengan minyak sapi)

Cara-caranya:
1) Panasakn minyak sapi dan goreng daging cincang sesudah itu ketepikan.
2) Dengan menggunakan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bawang putih, buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis.
3) Bila dah naik bau masukkan rempah kari , sedikit jintan manis dan sedikit garam. Kacau rata.
4) Kemudian masukkan kacang parang dan 1 tin air atau secukupnya (gunakan tin kacang parang). Akhir sekali masukkan daging cincang. Kacau rata dan tutup api.
5) Hidangkan bersama telur mata sapi, bawang yang dicincang, cili hijau yang dihiris dan belahan limau kasturi.
6) Di makan bersama roti peranchi atau roti potong yang dibakar(disapu mentega atau roti kosong je pun boleh)

Wednesday, August 25, 2010

Bubur Som-Som

Salam semua....untuk iftar tadi ada juga dibikin Bubur Som-Som...nie hubby all time feveret....actually bubur som-som mmg sedap di tekak klu makan bila berbuka puasa...di bawah tu ada saya letakkan resepinya bagi sesiapa yang ingin mencubanya....tapi maaf ya saya tak ingat resepi sape yg saya gunakan nie....minta maaf ya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...minta dihalalkan ya....

Bahan-Bahan
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
4 cawan santan (1/2 biji kelapa)
1/2 sudu kecil garam

Cara-Cara
1. panaskan kukusan
2. gaulkan semua bahan dan tapiskan ke dalam periuk atau non-stick wok
3. kacaukan adunan di atas api perlahan sebentar dan tuangkan ke dalam loyang yang telah disapukan minyak
4. kukuskan selama 5 mins
5. tutup api dan sejukkan
6. potong dan hidangkan bersama air gula merah

Air gula merah
Bahan-Bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun panda simpulkan

Cara-Cara
1. panaskan semua bahan sehingga mendidih
2. tapiskan dan sejukkan

Bistik Daging


Assalamualaikum kepada pengujung2 blog saya....Apakah menu untuk iftar hari ini??? Saya hari nie rasanya nak tukar menu sikit lah....saya nak makan roti....taklah roti kosong.....roti dengan bistik daging....ehhhmmm sedapkan....mmg sedap soalnya mmg saya dah pernah cuba dah resepi nie....resepinya tak lain dan bukan dari CMG, dari blog tiffinbiru.....thks ehh mat...ingat lagi waktu tu bila pertama kali saya cuba resepi bistik daging nie, my hubby sampai meratah gitu aje u....sedap lah tu namanya hehehehehe, so kali ini ingin saya kongsi bersama pengujung2 blog saya k..... jadi mat saya minta izin C&P resepinya ya......

BAHAN-BAHANNYA :
500 g daging goreng
400 g ubi kentang, dikiub 2 cm (kurang lebih 4 biji, boleh kurangkan kalau suka)
4 camca besar tepung gandum
4 camca besar margerine
3 camca besar minyak masak
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
4 cm kulit kayu manis
Garam dan gula secukup rasa
Kacang pis, untuk hiasan

BAHAN KUAH :
200 ml air ( lebih kan sikit pun boleh)
120 ml sos tomato
2 camca besar cili kisar
1 camca besar tomato puree
1 kiub stok daging (optional)

BAHAN DIKISAR :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Daging dipotong kiub, cuci bersih, toskan dan lap dengan paper towel hingga kering. Gaul daging tadi bersama tepung, lada hitam tumbuk dan garam. Perap 30 minit dalam peti sejuk.
2.Dalam kuali, panaskan minyak + margerine hingga cair. Goreng daging tadi hingga perang. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan kayu manis dan bahan kisar, tumis hingga harum. Masukkan kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang 1/2 empuk.
3.Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang empuk (tambah sedikit lagi air jika perlu). Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.
4.Hidangkan dengan menabur kacang pis sebagai hiasan. Sedap dimakan bersama roti dan nasi...Selamat mencuba untuk semua!!!

Tuesday, August 24, 2010

Lontong Goreng


Salam kepada semua....kejam-kelip2 hari ini sudah 15 hari kita berpuasa ya.....semalam tu untuk iftarkan saya bikin nasi himpit dgn kuah kacang ayam, nasi himpitnya masih ada balance lagi....daripada terbuang jadi hari ini untuk iftar dibikin Lontong Goreng.....Resepi Lontong Goreng nie saya ambil dari MYR.....simple je dan sedap pulak tu....klu nak cuba boleh dicuba resepinya ada dibawah....Umi_e saya minta izin C&P resepinya ya....thks :)

Bahan-bahan ( 2-4 orang makan )
2 bungkus nasi impit yang telah direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
1 sudu makan udang kering
3 sudu besar sayuran campuran (tak pakai sal anak2 tak suka)
2 biji telur sederhana besar
1 sudu besar kicap manis
Secubit garam
2 sudu besar minyak masak
daun sop/bwang dan bwang goreng ( untuk hiasan dan tambahan rasa )

Cara-Cara
Potong nasi impit dalam bentuk empat segi kecil/sederhana (ikut suka).Mesin bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah dimesin dengan cili boh. Setelah garing, masukkan sayur campuran, kicap dan secubit garam serta gaulkan rata. Pecahkan telur ke dalam bahan yang telah ditumis tadi dan kacau hingga telur masak dan sebati. Masukkan nasi impit yang sudah dipotong tadi dan gaul hingga rata Setelah sebati, hidang dan hiaskan bersama daun sop/bawang dan bawang goreng.

Nasi Himpit Bersama Kuah Kacang Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya....N3 nie adalah apa yang dimasak semalam untuk iftar....tak sempat nak masukkan N3 semalam....semalam untuk iftar bikin Nasi Himpit Bersama Kuah Kacang Ayam...bagi saya dan keluarga resepi nie mmg resepi pilihan terutama sekali bila hari raya confirm bikin punya....anak2 suka klu kuah kacang nie ditaruk ayam, ianya telah menjadi tradisi keluarga hubby saya klu bikin kuah kacang pasti dicampur ayam....di sini ada saya kongsi resepinya....klu berminat untuk mencuba silakan...

Bahan-bahan:

Nasi Himpit secukupnya (dipotong dadu)

300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
1 kilo ayam/1 ekor ayam dipotong ikut citarasa masing2

Bahan Dikisar:
2 batang serai
3 inci lengkuas
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
2 genggam cili kering, direndam
sedikit belacan
sedikit buah keras (tak pakai pun takpe)

Sedikt air asam jawa
2 sudu besar gula merah (warna oren)
5 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
Air anggaran 400ml - 500ml

Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Kemudian masukkan ayam.
6. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala sehingga ayam empuk. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
7. Rasa dan tambah garam, gula dan masamnya jika perlu. ( me n my hubby klu kuah kacang nie suka rasa manis2 sikit...pedas2 manis lah gitu...)

Sunday, August 22, 2010

Badak Berendam



Salam semua.... Kuih Badak Berendam nie mmg sudah terkenal dikalangan orang Melayu, nak2 klu orang lama...tapi ianya masih lagi menjadi kegemaran hingga ke masa ini iaitu generasi skrg...kerana ianya diminati oleh anak2 saya juga....jadi hari ini bikin lah Badak Berendam untuk iftar....sila lah cuci mata dan klu ingin muncuba membuatnya silakan....resepi nie saya dapat dari blog Bro Rozzan....seungguh sedapppp, klu anda mencuba pasti tidak akan mengecewakan.....Terlebih dahulu Bro Rozzan minta izin C&P resepinya disini ya...thks

Bahan Inti Kelapa
200 gm kelapa parut (buang kulit arinya)
1 sudu makan tepung jagung
120 ml air
100 gm gula melaka
30 gm gula pasir
¼ sudu teh garam atau secukup rasa
1 helai daun pandan

Cara:
Masak gula melaka & gula pasir bersama air hingga gula larut. Kemudian tapis. Gaulkan campuran air gula ini bersama kelapa parut, garam dan daun pandan lalu dimasak atas api. Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan digaul rata hingga inti pekat. Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.

Bahan Kuah
600 ml santan pekat
2 helai daun pandan
1 sudu makan tepung jagung atau tepung beras
½ sudu teh garam atau secukup rasa

Cara:
Satukan semua bahan lalu dikacau sehingga pekat.

Bahan Kulit
300 gm tepung pulut
180 gm kentang (direbus, kupas kulit dan lecek halus)

1 sudu teh pes pandan
230 ml air
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
½ sudu teh warna kuning
(Satukan semua bahan ini)

Cara:
Uli tepung pulut, kentang lecek dan semua bahan lain. Ambil sedikit adunan; leperkan dan diisi dgn inti kelapa lalu ditutup menjadi sebiji bebola. Buat begini sehingga selesai semua bahan tadi. Sementara itu, didihkan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan daun pandan. Kemudian rebuslah bebola-bebola tadi di dalam air yg sedang mendidih itu. Apabila sudah masak, bebola-bebola tadi akan timbul ke atas. Angkat dan terus bubuh ke dalam kuah yg telah siap. Siramkan kuah hingga menutupi semua bebola-bebola tadi.

Pinego Istimewa

Salam semua....minuman istimewa untuk iftar hari ini namanya ialah Pinego Istimewa....ianya adalah campuran buah nanas dan buah mangga....ehmmm pasti sedapkan.... resepi minuman ini adalah dari Majalah Rasa Keluaran bulan Julai tahun 2007....cuba lah baru boleh tau gimana rasanya.....

Bahan-Bahan
70 gm buah nanas, dikupas dan dibersihkan
70 gm buah magga, dikupas dan dan dibuang biji
20 ml air gula
250 kiub ais
140 ml air

Cara-Cara
1. Masukkan buah nanas, buah mangga, air gula, kiub ais dan air dalam bekas pengisar.
2. Kisar sehingga halus. Tuang ke dalam bekas dan sedia diminum.

Mihun Kari

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera....Hari ini sudah masuk hari ke 13 kita berpuasa, isshhhhh besok dah dua minggu ishh issshh ishhh sungguh cepat masa berlalu rasanya mcm byk benda lagi yg perlu dibuat....tapi takpe masakan untuk iftar hari ini ialah Mihun Kari yang resepinya saya dapat dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2008...Klu sudi mencuba resepinya ada dibawah....selamat menjamu selera semuanya...semoga anda suka dengan resepi Mihun Kari ini....

Bahan-Bahan
500 gm mihun
5 ulas bawang putih*
3 cm halia* (* dikisar)
1 biji bawang besar, dihiris kasar
200 gm isi ayam, dihiris halus
200 gm kerang
200 gm sotong, dibersihkan dan dihiris
200 gm udang, dibersihkan
10 keping tauhu, digoreng
15 biji bebola ikan
1 bungkus rempah kari
2 sudu makan sili kering, dikisar
700 ml santan
sawi secukupnya
tauge secukupnya, direndam seketika di dalam air panas
garam secukup rasa
bawang goreng, daun sup dan daun bawang secukupnya
3 biji telur direbus sebagai hiasan

Cara-Caranya
1. Tumis bawang putih dan halia sehingga berbau wangi.
2. Masukkan cili kisar, diikuti rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata dan tunggu sehingga garing.
3. Kemudian masukkan ayam, udang, sotong dan santan. Biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan bebola ikan, bawang besar dan garam secukup rasa.
5. Setelah mendidih, angkat dan hidangkan bersama mihun, tauge, sawi, bawang goreng, tauhu goreng, daun sup dan daun bawang.

Sirap Bandung Cincau


Salam semua....sering juga klu untuk iftar kita bikin minuman Air Bandung atau pun Air Cincau... sedapkan...kedua-dua minuman ini mmg sedap dan menyamankan tekak...Apa kata hari ini kita gabungkan kedua-dua sekali.... confirm lagi powerkan!!!!! Waktu ronda2 kat blog CMG lah nie terlihat N3 si mat nie....klu anda semua tengok pun pasti tergoda, confirm menjadi minuman untuk iftar nnt....mmg simple tapi walau macam mana pun mat, saya minta izin C&P resepi nya untuk tatapan semua ya...thks ya :)

BAHAN-BAHANNYA :
Sirap rose
Gula pasir secukupnya*
2 helai daun pandan*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)
Cincau secukupnya
Susu sejat secukupnya
Air masak@mineral secukupnya
Ais kiub

CARA MEMBUATNYA :-)

Tuang sirap rose bergula tadi dalam air masak (agak2 yea), kemudian tuang susu sejat (pun agak2..kalau nak lemak, curah banyak sikit). Kacau dan rasa tahap kemanisannya.
Masukkan ais kiub dan juga cincau, kacau rata dan hidangkan segera...Nyamann bahh...."

Tauhu Sumbat & Sambal Kacang


Salam semua....lama betul nak mkan tauhu sumbat tau, sekali bila ronda2 kat blog tiffinbiru ternampak pulak si mat bikin Tauhu Sumbat Dan Sambal Kacang...dah lah dah lama teringin nak makan, terus tergoda u....apalagi terus ianya menjadi salah satu menu untuk iftar selain dari Mee Goreng Thai....Tauhu Sumbat nie pula mmg lah feveret saya dan hubby, tak kira lah dengan sambal kacang atau pun sambal kicap....tapi mat mmg powerlah sambal kacangnya...jadi mat saya minta izin C&P resepinya untuk tatapan pengunjung2 blog saya nie :)

BAHAN TAUHU SUMBAT :
4 keping tauhu keras lumur dengan sedikit garam
3/4 cawan parutan sengkuang
3/4 cawan hirisan halus timun
3/4 cawan taugeh yang telah dicelur

BAHAN SAMBAL KACANG :
150 g kacang tanah, goreng hingga kuning keemasan, toskan
1 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
3 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
5 biji cili padi (optional)*(*dikisar halus)
2 camca besar petis @ otak udang
1/4 cawan jus asam jawa
Sedikit air (jika perlu)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-

Tumbuk kacang tanah hingga hancur tapi jangan terlalu halus. Masukkan dalam 1 bekas, tuang bahan kisar halus, petis, jus asam jawa, air (jika perlu), gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau rata bahan2 tadi dan ketepikan.
Goreng tauhu tadi hingga kuning keemasan dan sejukkan. Belah dua tauhu tadi (bentuk 3 segi), kemudian buat belahan di tengah2 bahagiannya. Sumbatkan dengan sengkuang, taugeh dan timun, kemas kan. Buat proses yang sama untuk baki tauhu tadi.
Hidangkan bersama sambal kacang......Selamat berbuka puasa untuk semua....hehehe"

Mee Goreng Thai

Salam hari minggu semuanya...semalam off 1 hari pasal 1 family gi masuk Johor....hari ini untuk iftar masak Mee Goreng Thai....mee nie adalah mee feveret anak sulung dan my girl....Resepi nie diberi oleh adik saya, lama dah dari die dibangku sekolah...dari mana dia dapat, lupa pula saya, soalnya waktu itu die suruh saya masak mee nie untuk testing sal die nak masak mee nie untuk projek sekolahnya....mcm gitu lah....bagi sesiapa yang ingin mecuba, sila ada saya sertakan resepinya dibawah....

Bahan-Bahannya
1kg Mee Tha Bak (Mee Chendol)
200gm udang sederhana (dibuang kulit)
200gm isi ayam dipotong kecil

Bahan Kisar
15-20 tangkai cili padi* (boleh ditambah atau dikurangkan ikut citarasa masing-masing)
4 ulas bawang putih* (dikisar halus)
1 batang lobak (carrot) dihiris halus
50sen daun bawang (potong sebesar 2 inci)
30sen daun kucai (potong sebesar 2 inci)
15-20 helai daun selasih
2 sudu makan kicap pekat (kicap manis aje)
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak sos ikan Thai
Garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya
Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga garing & masukkan isi ayam & udang. Dah 1/2 masak, masukkan semua sos, garam & serbuk perasa & kacau rata. Masukkan sayur & mee, sedikit air kalau perlu & gaul rata. Siap untuk dihidangkan. Hidangkan semasa panas. Untuk mencantikkan hidangan bolehlah dihiasi dgn hirisan cili merah dan daun selasih. Sedaaaaapppp."

Thursday, August 19, 2010

Spaghetti Seafood

Assalamualaikum kepada suadara dan saudari sekalian....hari ini sudah masuk hari ke 10 kita berpuasa....sudah mula binggung jugak nak masak apa....hari ini saya masak simple je iaitu Spaghetti Seafood....sekitar lebih dari 5 thn yang lalu, adik saya memberi saya resepi nie tak ingat pulak dari mana die dapat resepi tu....sejak itu, resepi ini telah menjadi salah satu resepi pilihan klu ingin memasak spaghetti....klu sudi mencuba, sila lah intai resepinya dibawah....

Bahan-Bahannya:
1 pkt Spaghetti (direbus dan ditoskan)
4 sdm minyak zaitun
3 ulas bawang putih (dihiris)
4 batang lada merah (dipotong serong)
1 capsicum (dipotong serong)
Udang
Sotong/kepah (dua-dua pun takde stock saya pakai dada ayam)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa

Cara2nya:
Tumiskan bawang putih, lada merah dan capsicum. Bila dah naik bau dan layu masukkan udang dan sotong/kepah. Kacau rata. Bila sudah masak masukkan garam & serbuk lada hitam diikuti dgn spaghetti dan gaul rata selama 3-5minit kemudian tutupkan api.
* untuk hidangan boleh juga ditaburkan daun parsley.

Resepi Istimewa

Salam semua.... hari ini dan sini saya ingin berkongsi resepi istimewa yang telah diberi oleh seorang teman saya harap anda semua akan menyukai resepi ini seperti saya...Resepinya ialah Resepi Kasih Ibu....

RESEPI KASIH IBU
Bahan-Bahannya
250 gm kasih sayang
150 gm perhatian
120 gm hormat-menghormati
1 kotak besar doa
100 gm pati kemesraan
100 gm ulas dorongan
20 gm sos kesabaran, bahan inti
250 gm keimanan, bahan inti
50 biji kebijaksanaan
4 camca besar serbuk garang
3 camca besar serbuk nasihat

Bahan Hiasan
10 helai daun usik-mengusik
10 kelopak bunga senyuman
5 keping hirisan leteran, dihiris halus
4 helai pucuk toleransi, dihiris halus

Cara Membuatnya
1. Gaulkan kasih sayang, perhatian dan hotmat-menghormati di dalam mangkuk kehidupan sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit pati kemesraan diikuti oleh dorongan/sokongan. Uli perlahan sampai menjadi doh yang lembut.
3. Dalam mangkuk kekeluargaan, campurkan sos kesabaran dan keimanan sehingga rata.
4. Canaikan doh setebal 1 cm, ratakan campurkan inti dan gulungkannya. Hiriskan dan letakkan dalam loyang.
5. Ratakan biji kebijaksanaan di atasnya.
6. Akhir sekali, taburkan serbuk garang dan serbuk nasihat secukup rasa.
7. Bakar di dalam ketuhar dunia akhirat sehingga keemasan.
8. Atur di dalam pinggan. Hiaslah dengan daun usik-mengusik, bunga-bunga senyuman, hirisan leteran dan pokok toleransi.
9. Sajikan dengan limpahan syukur.

Jus Detox


Salam semua...hari ini saya bikin jus special iaitu Jus Detox yang resepinya diberi oleh seorang teman dan diambil dari blog yang saya tak ingat lah...puasa2 nie jadi saya rasa bagus jugak nie klu minum jus untuk detox body kita kan....klu ada sesiapa yang ingin mencuba juga, sila lah resepinya ada di bawah...sila lah lihat....

Bahan-Bahannya
120 gm pisang
1.25 cm halia bekulit
125 ml air mineral
15 ml jus limau susu (lemon)
250 ml jus epal
madu jika suka atau gula perang secukup rasa
Cara-Cara
1. Kisar pisang dan halia dengan jus limau susu dan madu atau gula perang.
2. Tuangkan ke dalam bekas, tambah jus epal.
3. Isikan ke dalam gelas bekaki.
4. Hias dan hidangkan.


Wednesday, August 18, 2010

Puding Roti


Salam semua....untuk hari ke 9 kita berpuasa.....pencuci mulut untuk iftar saya buat Puding Roti...Resepi ini saya dapat dari blog Secubit Garam ....jadi disini saya ingin minta izin C&P resepinya ya....tq...sila lihat resepinya dibawah...

Bahan-Bahannya:
10 keping roti
500 ml fresh milk
4 sudu makan gula halus
4 sudu makan butter
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan tepung jagung
sedikit kismis dan choc chips

Cara-Cara
Roti dipotong 4 dan susun ke dalam loyang yang dah disapukan butter. Masukkan susu, gula, telur, esen vanilla dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati. Kalau masih ada butter yang berketul, biarkan aje...nanti akan cair jugak bila dalam proses membakar. Tuangkan adunan ni ke atas roti yang dah disusun tadi dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit. Taburkan kismis dan chocchip ke atas roti tadi. (klu nak letak kismis dan choc chips selapis demi selapis masa menyusun roti pun ok jugak....terpulang lah ya ) Bakar puding roti dalam oven yang dah dipanaskan (175-180C) lebih kurang lebih 40 - 45 min atau sehingga masak. Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan bergitu saja atau dengan aiskrim atau dengan sirap coklat. Selamat mencuba.....

Mee Bandung


Salam dan selamat malam semua...bagaimana iftarnya semuanya berjalan gengan baik....Alhamdulillah...apa juadah untuk iftar hari nie....saya hari ini masak Mee Bandung....Resepi Mee Bandung nie adalah dari buku resepi Aneka....klu ada yang ingin mencubanya resepinya ada saya sertakan....

Bahan-Bahan
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong kecil)
300 gm daging ayam (dipotong kecil)
300 gm udang
200 gm tauge
garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah* (*ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)

Cara-Cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
2. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan garam. Biarkan merenih perlahan-lahan.
3. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur dan masak selama 2 minit. Kemudian bolehlah ditutup apinya.

Cara Menghidang
Masukkan mee dan tauge kedalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi dan daun bawang.

Honey Milk Pudding

Salam semua inilah pencuci mulut yang dibuat tengahari semalam untuk iftar....Honey Milk Pudding yang resepinya saya ceduk dari blog CMG....Maklumlah bulan puasa nie macam tak larat nak berciter panjang2, jadi kita terus tengok resepinya lah ya...sebelum itu CMG saya minta izin C&P resepinya ya.....thks

BAHAN-BAHANNYA :
1 1/2 camca besar gelatin halal
3 camca besar air
685 ml susu segar
55 g gula halus
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar madu
Madu untuk dicurah atas pudding (mat guna 'Hershey Chocolate Syrup') #

CARA MEMBUATNYA :

Satukan gelatin halal bersama air ke dalam periuk, kacau dan masak dengan api kecil hingga gelatin larut (gelatin menjadi pekat sedikit). Tambah bahan2 lain di atas kecuali bahan bertanda '#'. Kacau hingga gula larut dan masak dengan api kecil selama 5 minit.
Tuang dalam bekas sesuai dan biarkan hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau seelok2nya semalaman.
Keluarkan pudding dan letak dalam bekas sesuai. Curah sedikit madu sebelum dihidangkan. Macam mat, makan dengan syrup coklat tu pun sedap u!!....Hidangkan sejuk....."

Tuesday, August 17, 2010

Minuman Neslo Krim


Salam semua....ini adalah N3 untuk minuman khas hari ini, ianya ialah Minuman Neslo Krim.....Neslo adalah gabungan antara Nescafe dan Milo....jadi klu ada sesiapa yang berminat sila lihat resepinya dibawah....resepi ini adalah dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos tahun 2008...

Bahan-Bahan:
1 gelas air
4 sudu makan milo
1/2 sudu makan nescafe
1 sudu makan gula
4 sudu makan susu cair
beberapa ketulan ais

Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
2. kisar halus dan sedia untuk dinikmati.

Mee Goreng Basah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya....Hari ini 8hb Ramadhan iaitu hari kelapan kita berpuasa....untuk hari kelapan ini saya masak Mee Goreng Basah yang tertunda yang sebenarnya ingin masak untuk hari ketiga kita berpuasa....resepinya ialah dari blog tiffinbiru...CMG saya minta izin C&P resepinya kat blog saya ya...thks.

BAHAN-BAHANNYA :
600 g mee kuning
1 cawan daun kuchai yang telah dikerat2
Taugeh...(yang ni ikut suka banyak mana nak letak)
2 pokok sawi
1 cawan udang (kalau budget lebih, letak lagi yea)
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar cili kisar
1/2 camca teh cuka makan
2 biji telur, dikocok sedikit
2 camca besar sos tiram*
1 camca besar sos tomato*
1 1/2 camca besar sos cili*
1 camca besar kicap pekat*(*bahan sos)
Kicap cair secukupnya
Air rebusan kulit udang secukupnya
Hirisan daun sup#
Bawang goreng#
Hirisan cili merah#
Hirisan tomato#
Belahan limau kasturi#(#bahan sampingan)

CARA MEMBUATNYA :-)
Cuci mee, kemudian siram dengan air panas. Tos dan sejatkan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batangnya, kerat2 daun sawi, ketuk sedikit batang sawi dan kerat. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus untuk stoknya. Cuci taugeh dan toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos(*) dan kacau rata dan letak batang sawi dan udang. Masukkan cuka, sedikit kicap cair dan stok udang (anggaran 1/2 cawan).
Bila mendidih, masukkan mee, kecil kan api dan gaul mee hingga rata. Tolak mee ketepi kuali dan masukkan telur, kacau hingga telur kental dan gaul dengan mee tadi. Masukkan daun sawi, daun kuchai dan taugeh, kacau rata. Rasa dan jika kurang masin, tambah lagi kicap cair. Kacau dan boleh matikan api.
Hias dengan bahan2 sampingan sebelum dihidangkan panas. Kalau suka boleh tambah bebola ikan, tauhu dan sotong dalam mee goreng tadi....

Monday, August 16, 2010

Rich Cocoa Pudding

Salam semua....dibulan puasa nie klu dapat makan benda yang sejuk2 yang nyaman ditekak bila menelannya alakah sedapnya...jadi tengahari tadi saya buat Rich Cocoa Pudding inspirasi dari blog CMG...mmg sedappppp, sungguh, lebih sedap lagi bila dimakan tika sejuk bersama buah2an cocktail dan susu cair...dapatkah anda bayangkan...klu tak dapat bayangkan, apa kata anda cuba menbuatnya resepinya ada saya sertakan sekali...Mat pse do allow me to C&P resepinya okay.... tq so much....

BAHAN-BAHAN PUDDING :
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak
1/2 camca teh garam (mat tak letak)
4 camca besar tepung jagung
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly (mat guna konnyaku jelly)
3 camca besar mentega

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
1 tin buah2 cocktail, asingkan jus dan isinya
1 tin sus sejat 'IDEAL' (atau jenama apa saja ikut citarasa masing2)
Sedikit ceri merah

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 untuk pudding kecuali mentega dalam periuk, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Jerang atas api sederhana sambil dikacau tanpa henti. Bila bancuhan menjadi pekat, matikan api dan masukkan mentega, kacau rata dan tuang dalam acuan pilihan. Biar beku.
Keluarkan rich cocoa pudding tadi dan isi dalam bekas sesuai. Masukkan juga isi buah2an cocktail tadi, susu sejat dan sedikit jus dari buah2 tadi. Sesuaikan tahap kemanisannya. Sejukkan dalam peti sejuk atau letak air batu.
Hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut...memang sedap i tell u Temah..tak tipu nihh, bulan puasa buat apa nak bohong...bak kata anak buah mat...tipu dosa, mati seksa!!..."

Punch Epal Segar

Salam dan selamat malam semua...seperti yang saya katakan semalam my princess tu suruh saya cuba buat all kind of drinks....suruh try out macam-macam jenis minuman lah...so hari ini saya cuba bikin Punch Epal Segar yang diambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos tahun 2008....

Bahan-Bahan
1 biji epal hijau, dibuang kulit dan dihiris kiub
2 1/2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula
1/2 tin air aiskrim soda
1 sudu makan gula
sedikit pewarna hijau
1 gelas air
beberapa ketul ais

Cara-cara
1. Kisar epal hijau bersama susu pekat, susu cair, pewarna hijau dan air. Kisar hingga halus
2. Masukkan aiskrim soda serta ais, kacau mesra dan sedia untuk dinikmati.

Mee Bakso

Assalamualaikum pada pengujung2 yang budiman....wow sudah seminggu kita berpuasa...sungguh tak terasa masa berjalan begitu pantas sekali....seminggu sudah berlalu masuk minggu kedua pula...semoga kita semua dapat menunaikan ibadah puasa kita sebaik-baiknya dan mendapat syafaatnya....Amin. Hari ini untuk iftar saya masak Mee Bakso...mmg dah lama saya nak cuba masak mee bakso nie...mee bakso mmg amat terkenal negeri Indonesia dan ianya mmg lah enak....saya pasti ramai yang sudah tau cara2 untuk masak mee bakso nie... Tapi bagi mereka yg belum tahu dan ingin mencubanya, di sini saya sertakan resipi yg mudah utk diikuti. Resepi nie saya ambil dari blog Bro Rozzan, jadi minta izin C&P resepi ya untuk dikongsi bersama semua yang berminat....

Bahan-Bahan
1½ kg mee kuning (dicelur sebentar)
secukup sayur kobis (dihiris)
secukup sayur sawi (disiang & potong ikut suka)
secukup lobak merah (dihiris)
(Kesemua sayur dicelur sebentar)

Bahan Sup/Stok
1 biji bawang besar atau 6 ulas bawang merah }
4-5 ulas bawang putih }
2 cm halia }.....ditumbuk/kisar
1 ibu jari lengkuas (titik)
1 btg serai (titik)
1 sudu teh lada hitam
½ sudu teh lada putih
sedikit cengkih, pelaga dan kulit kayu manis
1 kotak kiub pati daging lembu
2 liter air
garam secukup rasa
secukup minyak utk menumis
500 gm bebola daging lembu



Cara-Cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk lalu masukkan bahan kisar, serai, lengkuas, cengkih, pelaga dan kayu manis. Tumis sehingga garing.
2) Masukkan air, kiub pati daging lembu dan juga bebola daging tadi. Kacau sebentar dan pastikan kiub tu larut. Kemudian bubuh lada hitam/putih & garam. Biarkan sehingga kuahnya mendidih. Matikan api.

Cara Menghidangkan Mee Bakso
Bubuh mee ke dalam sebuah mangkuk. Bubuh sedikit kobis, sawi & lobak merah. Kemudian tuangkan kuah/sup tadi dan susun bebola-bebola daging. Akhir sekali, taburkan bawang goreng ke atasnya. Mee ini enak dihidangkan dgn sambal cili padi.Sambal Cili Padi (sukatan agak2 jer)1 peket cili padi3-4 ulas bawang putihkicap manisgaram, gula, cuka (atau jus limau kasturi)*Tumbuk cili padi bersama bawang putih. masukkan kicap manis, garam, gula dan cuka. Sesuaikan rasanya.

Nota:1) Anda boleh juga gantikan mee kuning dgn bee hoon.
2) Saya campurkan sos tomato dgn sos cili dan bubuh sedikit ke dalam hidangan mee bakso tu.

Susu Kocak Pisang Vanila


Salam semua....semalam setelah minum air aiskrim soda berbuah yang sedap tu, my daughter minta supaya klu boleh tiap2 hari bikinkan dia air yang special2 yang die telah baca di Majalah2 Rasa...upon her request so hari nie saya bikin Susu Kocak Pisang Vanila dari Majalah Rasa keluaran bulan Julai tahun 2010...resepinya ada saya sertakan di bawah....

Bahan-Bahan
3 biji pisang
750ml susu segar
4 sudu makan aiskrim vanila
1 sudu makan serbuk koko
Cara-Cara
1. Masukkan aiskrim ke dalam pengisar berisi pisang.
2. Tuangkan susu segar.
3. Masukkan satu sudu serbuk koko.
4. Kisar hingga sebati
5. Siap untuk dinikmati.....

Kue Teow Kicap Kerang


Assalamualaikum dan selamat malam semua...Alhamdulillah saya rasa semuanya sudah selamat berbuka puasa dengan menjamu selera dengan juadah2 yang sedap2 pilihan masing2.....dan untuk hari ini, hari ke 6 kita menjalani ibadah puasa, juadah untuk iftar ialah Kue Teow Kicap Kerang yang resepinya saya ceduk dari blog Mat Gebu....Terimakasih Mat...semoga pahala berlipat berkali ganda pahala mu kerana berkongsi ilmu dan resepi2 yang tak terkira....saya minta izin C&P resepinya disini ya......


BAHAN-BAHANNYA :
500 g kue teow
3/4 cawan isi kerang
1 batang fish cake, hiris
1 cawan hirisan daging batang pinang
2 genggam taugeh, dibuang ekor
1 ikat sayur sawi
1 1/2 camca besar cili kisar
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji bawang merah, hiris2 biji telur
1/2 camca teh gula
1/2 cawan air
3 camca besar kicap pekat*
1 camca beasar sos tiram*
1 1/2 camca besar kicap cair*
1 camca besar sos tomato*(*bahan2 sos)
Hirisan timun, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, masukkan bahan2 sos (*), kacau, masukkan daging, tuang air dan masak hingga daging lembut.
2. Masukkan fish cake, kerang dan kue teow, gaul pantas hingga rata, tolak mee ke tepi kuali, pecahkan telur dan biar telur sedikit mengeras, kacau dan gaul bersama2 mee tadi.
3. Tambah taugeh dan sawi, gaul rata. Rasa jika kurang masin, renjiskan dengan kicap cair. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ulam timun dan lada hijau jeruk...hmm sedap nihhh!!

Sunday, August 15, 2010

Aiskrim Soda Berbuah


Salam semua...nie tadi lepas berbuka, my daughter nie suruh bikin air Aiskrim Soda Berbuah yang die lihat di dalam Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2010... inilah dia hasilnya...

Bahan-Bahan
150 gm buah laici (di dalam tin) takde stock saya pakai longan
150 gm buah peach (di dalam tin) takde saya pakai buah mangga
350 ml air aiskrim soda
50 ml susu segar
kuib ais secukupnya

Cara-Cara
1. Kisar buah laici dan peach (longan dan mangga) sehingga hancur dan sebati.
2. Kemudian masukkan bahan kisar tadi tadi kedalam jug.
3. Seterusnya masukkan air aiskrim soda dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
4. Akhir sekali hidangkan sejuk bersama kuib ais secukupnya.Sedia untuk diminum.

Saturday, August 14, 2010

Laksa


Selamat malam dan salam untuk semua...bagaimana dgn hari minggu anda semua, sibuk ke....saya semalam dapat lah kemas2 sikit apa yang patut pasal nnt klu dah sibuk membuat kuih dah lain hak pulak....anyway semalam nak masak Laksa tak jadi sal hubby blg masak Nasi Lemak, jadi hari masak Laksa lah....Resepi laksa nie pun saya cungkil dari blog Bro Rozzan...seperti yang saya katakan, dah terlanjur kat blognya jadi saya geledahlah resepi2 mee2 nya....soalnya keluarga saya klu dalam bulan pausa, untuk iftar mmg jarang berbuka dengan nasi....k lah, Bro Rozzan seperti biasa saya minta izin C&P resepinya.....
Bahan-bahan untuk kuah:
300-400 gm ikan tenggiri/parang atau lain2 (kukus, ambil isinya dan lecek halus)
(saya gunakan ikan mackerel dlm tin- cuci bersih dan buang sosnya dan lecek halus)
3 batang serai }
2 cm lengkuas }
4 ulas bawang putih }
2 biji bawang besar }…dikisar halus
3 sudu besar kerisik kelapa
400 ml santan pekat (dlm kotak)
2-3 cawan air (atau secukupnya)
3 sudu besar (bumbung) rempah kari ikan
sedikit air asam
5 sudu besar minyak utk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional)

Bahan-bahan untuk Sambal
20 tangkai lada kering - rendam dengan air panas sehingga kembang, tos, dan kisar dgn sedikit air dan bubuh sedikit garam.

Bahan-bahan untuk tabur:
Sedikit daun kesum atau selasih (cuci bersih dan hiris halus)
150 gm taugeh (bersihkan, buang akarnya, cuci bersih dan toskan)
2 btg timun (buang kulit dan hiris halus)
20 biji telur burung (direbus dan buang kulitnya) saya campurkan skali dalam kuah
2 keping fish cake (dihiris) yg nie pun saya campur skali dalam kuah
1 –1 ½ kg mee laksa (celur & toskan)

Peraturan membuat Kuah :
Ikan dibersihakan dan kukus. Ambil isinya saja dan dilecek halus atau kisar.Gaul rempah kari ikan dgn bahan2 kisar lalu ditumis sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan santan pekat dan 2 cawan. Kacau sekali-sekala dan kemudian dibiarkan sehingga kuahnya naik minyak. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah sedikit air lagi mengikut citarasa anda. Kemudian bubuh garam secukup rasa.Cara menghidangMee laksa yang telah dicelur diletakkan dalam mangkuk. Atur diatasnya taugeh yg sudah dicelur, hirisan timun dan hirisan daun kesum atau selasih. Tuangkan kuah diatasnya. Letakkan sedikit sambal. Hidangkan panas-panas.

Nasi Lemak




Assalamualaikum semua dimana saja anda berada....semoga anda semua dalam keaadaan sihat sejahtera....salam sabtu semua dan gi mana hujung minggu yang pertama anda di bulan ramadhan ini....hari ini sudah hari ke empat kita umat Islam menjalani ibadah puasa.....Hari ini hubby blg masak Nasi Lemak lah sal tadi ada beli kangkung dan udang....saya ok aje jadi untuk iftar tadi menu ialah Nasi Lemak dengan Sambal Tumis Udang, Kangkung Belacan, Ikan Selah Goreng, Telur Dadar, Ikan Bilis Goreng, Kacang Tanah Goreng dan Timun... hari ini tak saya sertakan resepinya sal pasti semua orang tau gi mana masak Nasi Lemak kan....jadi cuci mata saja ya :-)

Friday, August 13, 2010

Mee Soto


Assalamualaikum semua....begitu cepat masa berlalu...rasanya baru hari pertama tau2 hari ini sudah hari ketiga kita menunaikan ibadah puasa....hari ini pada mulanya ingatkan nak masak simple aje iaitu nak goreng Mee Goreng Basah pasal my hubby kerja nari....skali tup tup dia balik pulak....jadi tukar lah menu ke Mee Soto....dari mana resepi mee soto nie saya dapat....dari mana lagi, dari blog Bro Rozzan...nak lihat resepinya??? haaaa resepinya ada dibawah....minta izin Bro Rozzan ya C&P resepinya diblog saya nie.....oh ya mee soto nie klu takde bagedil tak sedap kan...jadi saya pun ada bikin bagedil yg resepinya juga ada disertakan....

Bahan-bahannya
2 kg mee kuning (bee hoon pun boleh) - dicelur
500 gm taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
3-4 liter air
100 ml santan pekat
3 sudu makan ketumbar }
3 sudu makan jintan kasar }
2 sudu makan jintan halus } --- disangai & dikisar halus
1 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
2.5 cm lengkuas , dititik
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
8 biji bunga cengkih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris

Bahan-Bahan Ditumbuk/Kisar
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5 cm halia3 cm kunyit hidup atau 2 sudu makan kunyit serbuk
Bahan2 Sampingan/Taburan
secukup daun sup & daun bawang
bawang goreng
bagedil
sambal kicap cili padi
isi ayam (disiat-siat)
Sambal Kicap Cili Padi
25 biji cili padi merah
4 ulas bawang putih
125 ml (abt 1/2 cawan) kicap lemak manis
1/2 sudu teh gula (optional)
jus dari perahan 2 biji limau kasturi
(Kisar semua bahan2 dan perahkan jus limau)

Peraturan Membuat Kuah Soto:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga), serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata. Masukkan ayam, air, santan, gula dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Cara Menghidangkan Mee Soto
Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur. Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.

Bagedil

Bahan-bahannya
1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
2 biji telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
1/2 cawan bawang gorengsecukup daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara-Cara
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, gula & garam. Gaul hingga rata dan sebati. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

Wednesday, August 11, 2010

Mee Rebus


Assalamualaikim dan salam sejahtera semuanya....Alhamdulillah selesai sudah hari kedua kita berpuasa....Maklumlah bulan puasa jadi tak payah bercerita panjanglah ya.....saya ingin berkongsi apa yang saya masak untuk iftar di hari kedua kita berpuasa....Mee Rebus adalah menu hari ini yang resepinya saya cungkil dari blog Bro Rozzan...sudah terlanjur meronda diblognya jadi saya pun gunakan resepi2 Bro Rozzan saja lah dan juga kerna saya ada trust in Bro Rozzannya resepi....telah mencuba banyak masakan dan kuih2 dari blognya dan hasilnya tak pernah megecewakan.....Alhamdulillah.....ok resepinya ada saya sertakan di bawah....Bro Rozzan seperti biasa saya minta izin C&P resepinya ya.....

Bahan-Bahan
1½ kg mee kuning (dicelur)
½ kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)

Bahan Kuahnya
1 cawan udang geragau* (rendam sebentar dgn air, toskan)
3 sudu makan udang kering* (rendam, toskan)
300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
2½ cm halia*
2 cm lengkuas*
2 batang serai*
6 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
4 sudu makan penuh rempah kari ikan
6 sudu makan penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
1 kg keledek (direbus dan lecek halus)
sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar)- (optional)
lebih kurang 1½ – 2 liter air (diambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
garam dan gula secukupnya
3 senduk minyak masak.

Cara:
Kisar bahan-bahan * dan campurkan dgn rempah kari ikan. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing. Masukkan daging,/tetelan, taucheo, keledek lecek, air/air rebusan daging, garam dan gula. Masukkan kacang tumbuk, dikacau sebentar dan sesuaikan rasanya dgn selera anda. Biarkan kuah mendidih baru diangkat.
Bahan Taburan (Garnishing)Daun sup/bawang, lada hijau/merah, bawang goreng, tahu goreng, limau kasturi, telur rebus.
Nota: Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jgn terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya. Rempah karinya pula jgn terlalu banyak, nanti jadi mee kari ! Saya gunakan rempah kari ikan sebagaimana yg diajar oleh ibu saya. Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan utk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tpg jagung utk memekatkan kuah.

Mee Siam Kuah


Assalamualaikum kepada pengunjung2 blog saya....Alhamdulillah hari pertama puasa saya berjalan dengan tanpa masaalah, begitu juga dgn keluargaku termasuk my little prince yg berusia 5thn....ini adalah tahun kedua die berpuasa....mudah-mudahan die akan dapat puasa sebulan seperti tahun lalu ketika die berusia 4thn....Hari ini saya masak Mee Siam Kuah untuk iftar....Mee Siam Kuah ini adalah feveret my hubby.....Hari ini saya gunakan resepi dari Bro Rozzan....terimakasih Bro Rozzan, semoga anda mendapat pahala berlipat ganda dengan berkongsi resepi2 anda...Amin....saya minta izin C&P resepinya disini ya :)


Bahan-Bahan
1 bungkus mee hoon (rendam sebentar dgn air hangat/panas hingga lembut, toskan)
300 - 400 gm taugeh (bersihkan)

Bahan-Bahan Utk Rencah Mee
1 ¾ cawan lada kering kisar
4 biji bawang besar *
8-10 ulas bawang putih *
300 gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja)- digoreng sebentar
80 gm udang kering * (rendam)
sedikit belacan * (sikit jerr)
(Kesemua bahan * dikisar halus bersama cili kisar tadi)
minyak utk menumis (agak-agak 1- 1½ cawan)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam (atau secukup rasa tp jgn bubuh terlalu byk krn belacan & udang kering juga memberi kemasinan pd bahan ini)

Cara
1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Bubuh gula dan garam secukup rasa. Keluarkan setengah bahagian rencah ini utk dibuat kuahnya.
2) Seterusnya, masukkan taugeh ke dalam rencah dlm kuali tadi lalu digaul rata sebentar. Kemudian, masukkan pula udang yg telah digoreng sebentar tadi dan mee hoon lalu dikacau hingga rata & sebati. Tambahkan sedikit garam lagi jika perlu. Matikan api.

Bahan-Bahan Utk Kuah
½ bahagian rencah mee siam
8 cawan air
¾ - 1 botol tauco (sebahagian dilecek halus, yg lain dibiarkan kasar2)
180 gm gula pasir (kira-kira ¾ cawan)
air asam secukup rasa (kira-kira 2-3 sudu makan)
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
100 gm kacang tanah (disangai, buang kulit & tumbuk kasar2)

Cara Membuat Kuah
Masukkan setengah lagi rencah mee siam tadi ke dalam sebuah periuk besar bersama air, tauco, gula dan garam. Biarkan mendidih lalu masukkan kacang tumbuk dan air asam. Kacau sebentar dan sesuaikan rasanya. Tambahlah apa lagi yg perlu. (Kuah mee siam ni selalunya mesti ada rasa manisnya, sedikit rasa masam & masin (sket je). Kemudian matikan api.Bahan

Taburan/Sampingan
10 biji telur rebus

2 keping tahu (dipotong dadu & digoreng)

daun kucai (dihiris)

limau kasturi (dibelah dua)

sambal tumis


Sambal Tumis Ringkas
1 cawan cili kering kisar }
1½ - 2 biji bawang besar }
sedikit belacan } ….. semua bahan dikisar
2 sudu makan gula
1 sudu teh air asam (sket jer)
garam secukup rasaserbuk perasa (optional, saya tk taruk)
minyak secukupnya utk menumis

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk/kuali. Tumis bahan kisar (cili kering, bawang besar & belacan) sehingga garing. Masukkan gula, garam dan air asam. Kacau sebentar lagi sebelum dimatikan api.Cara Menghidangkan Mee Siam Berkuah:
Bubuh secukup Mee Siam yg digoreng tadi ke dalam mangkuk/pinggan mungkum. Tuangkan kuah secukupnya dan taburkanlah ke atasnya tahu, daun kucai, telur rebus dan limau kasturi. Akhir sekali bubuh sedikit sambal tumis. Hidangan siap disantap!!

Tuesday, August 10, 2010

Spaghetti Bolognese


Assalamualaikum semua.....Selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini...semoga kita dapat menjalani ibadah puasa kita dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.....Amin....N3 hari ini adalah masakan semalam....semalam masak simple aje...Spaghetti Bolognese yang resepinya saya cungkil dari blog Kak Ummi Home Sweet Home...Kak Ummi saya minta izin C&P resepinya ya.....


Bahan-bahannya:
300 gm spaghetti - direbus dengan garam hingga lembut. Toskan dan lumur dengan minyak zaitun..tak pun masa rebus letak minyak.
1 botol Traditional Spaghetti Sauce
400 gm daging kisar
3 batang sosej - dipotong bulat2 kecil
8 biji cendawan butang - dibelah 4
1/3 biji capsicum merah
1/3 biji capsicum hijau
1/3 biji capsicum kuning
1 batang carrot - dipotong bulat2 nipis
1 biji tomato - didadu halus
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam dan serbuk perasa secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (Olive oil)
grated Parmesan cheese/apa2 cheese pun - klu nak untuk tabur


Cara-Cara:-
Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar. Masak hingga daging benar2 masak. Masukkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato dan serbuk lada hitam. Masukkan sosej dan sayur carrot. Kacau. Masukkan garam dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan kesemua capsicum dan kacau sebentar. Tutup api. Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan.

Monday, August 9, 2010

Puding Kastard Mewangi


Salam dan selamat malam semuanya....petang tadi bikin Puding Kastard Mewangi yang resepinya dari Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2010.....puding nie sungguh sedap klu dimakan klu sejuk2....Bagi sesiapa yg tak mempuyai Majalah ini, jgn gusar kerna disini ada saya sertakan skali resepinya.....
Bahan-Bahan :-
200 gm gula
100 ml air
1 liter susu segar
250 gm tepung kastard
Hiasan:-
hirisan kiwi
hirisan epal merah dan mangga (tak punya jadi saya gantikan dgn longan)
Cara-Cara:-
1. Masak gula dan air sehingga warnanya menjadi keperangan dan tuang ke dalam acuan.
2. Masak susu sehingga mendidih dan setelah itu campurkan tepung kastard, kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam acuan gula tadi kemudian dibiarkan sejuk.
4. Lepas tu boleh lah anda hiasi puding kastard mewangi anda mengikut citarasa masing-masing.

Tempahan Makaroni Bakar, Eclair Dan Custard Puff

Salam semua.... Ini adalah tempahan pada hari minggu 08Aug10...Tempahan dari Maslindah untuk majlis birthday party sepupunya....Disini kak ani ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terimakasih kerana memberi sokongan dan sudi membuat tempahan dari kak ani...Inilah dier tempahan dari Maslindah iaitu Makaroni Bakar, Eclair & Custard Puff :)




Kembali Ke Tapak Sekolah Yang Telah Ditinggalkan Selama 22thn

Sudah tiba hari yang dinanti-nantikan Telok Kurau Secondary School Alumni Dinner pada 07AUG10 & tertamu terhormatnya ialah Mr Hawazi Daipi yang dulunya juga menuntut di sini

Majalah Sekolah pada 1987 yang mana salah seorang dikulit magazine ini ialah saya....cuba cari, carilah hehehehe :)

MasyaAllah sampai lupa nak beri salam pasal gairah sangat nie....
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pengujung2 blog saya yang budiman & SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN SINGAPURA.... maaf ya, 2 hari tak update blog soalnya hari sabtu 07aug10 ialah hari bersejarah dan hari minggunya pula sibuk kat FB dan ada tempahan sikit....Hari bersejarah yang saya maksudkan itu ialah setelah 22 tahun saya tidak menjejakkan kaki saya ditapak pekarangan ini dan pada tanggal 07aug10 telah kembali ke Sekolah Menengah Telok Kurau untuk meraikan Majlis Alumni Dinner bersama cikgu2 dan penuntut2 yang pernah menuntut di sana kerana sekolah yang telah dgn resminya dibuka pada 19jul1965 akan diakhirkan riwayatnya pada hujung tahun ini....sungguh menyedihkan.....tapi walau macam mana pun had a great & awesome time berjalan-jalan diperkarangan sekolah, bersembang-sembang bersama teman yang sudah lama tak ketemu sambil menikmatan juadah dan aturcara yang telah disediakan oleh pihak penganjur.....THUMBS UP TO ALL COMMITTEE MEMBERS... THIS SPECIAL MOMMENT WILL NEVER COME AGAIN.....terimakasih kepada semua yang hadir untuk meraikan majlis dan hari yang bermakna sekali.... Really really hope, mengharap sangat dapat pergi sekali lagi buat kali terakhir untuk mendapatkan a good capture, berphoto2 di sekolah kesayangan ku sebelum we say good bye kerana di _ _ _ _ _ _ _ _ sedih lah nak cakap.....






Itulah saya semasa dibangku sekolah dulu......











dan saya pada hari ku jejakkan kaki kembali tempat ku menuntut ilmu.... amacam berbeza tak????









Saekolah Menengah Telok Kurau - sekolah kebanggaanku yang mengandungi kenangan2 yang tak dapat dilupakan






disinilah tiap pagi ku berdiri untuk megetuai pembacaan ikrar...






Front gate (pintu pagar depan sekolah) 22 tahun yang lalu





Front gate sekarang...tidak banyak perbezaan



Penari-penari 22thn yg lalu...terdiri dari teman2 dan saya sendiri...



Penari-penari masakini


Teman-teman setingkatan ku, seronok dapat berphoto sama2