Wednesday, September 8, 2010

Biskut Kelapa Delima


Tu terlanjur ada stock kelapa kering, jadi untuk kuih yang ke empat belas saya bikin Biskut Kelapa Delima yang resepinya saya ceduk dari blog tiffinbiru...Mat nie adalah resepi biskut yang terakhir dari Mat saya gunakan...klu ikutkan hati mmg banyak lagi yang saya nak cuba...tapi cukuplah soalnya dah banyak juga nie dan ada satu lagi tu....izinkan C&P resepinya ya Mat...

BAHAN-BAHANNYA :
225 g tepung jagung (cornstarch)'Brown & Polson'*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
95 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
200 g mentega (atau secukupnya)

BAHAN HIASAN :
Kuning telur, untuk disapu
Hirisan ceri untuk hiasan
Kelapa kering, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :

Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.

Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 175C selamat 15 - 20 minit, bergantung pada jenis oven masing2. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

No comments:

Post a Comment